TABUNG WAKAF PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHIMAH

TABUNG WAKAF PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHIMAH

Assalamualaikum w.b.t. InsyaALLAH, kami dari pihak Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood ada membuka Tabung Wakaf Pembangunan Masjid Ar-Rahimah (berdaftar dibawah Perbadanan Wakaf Selangor) secara atas talian bagi memudahkan para jemaah untuk berwakaf demi mengumpul pahala saham akhirat. InsyaALLAH, resit pengecualian cukai LHDN turut disediakan bagi sesiapa yang perlu.


Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood ini telah mula di bina pada 6hb Julai 1987 dan kini masjid ini telah berusia lebih 36 tahun. Tujuan kutipan dana ini adalah untuk membaik pulih beberapa perkara untuk keselesaan para Jemaah. Antaranya adalah untuk membaik pulih atap dan siling masjid. Terdapat banyak kebocoran pada atap dan siling masjid terutamanya ketika musim hujan.



 

Keadaan atap masjid yang telah berusia lebih 36 tahun



(1)



(2)



(3)

Kerja-kerja tampalan sementara untuk membaiki  bumbung yang bocor



Selain itu, pihak masjid juga bercadang untuk menukar karpet baru kerana karpet sedia ada sudah kelihatan usang dan rosak akibat kebocoran atap.



(1)



(2)



(3)

Karpet di dewan solat masjid yang telah kelihatan uzur 



Baldi terpaksa diletakkan di dewan solat masjid untuk menadah air hujan akibat kebocoran atap


Pihak Masjid Ar-Rahimah juga bercadang untuk Menaik Taraf masjid demi keselesaan para jemaah yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM3.9 juta. Antara kerja-kerja Menaik Taraf yang bakal dilakukan adalah:-

1. Kerja Ganti Keseluruhan Bumbung 

2. Kerja Pasang Siling Plaster Dan Kerja Mengecat 

3. Penggantian Pendawaian Semula Elektrik & Lampu 

4. Naik taraf Meter & Bekalan Utama Elektrik 

5. Ganti Karpet 

6. Tukar PA Sistem & Aircond 

7. Menaik taraf Mihrab

8. Ubahsuai Pintu & Tingkap Sedia ada

9. Menaik taraf Kawasan Parking & Kerja Landskap 


Berikut merupakan cadangan reka bentuk pengubah suaian di dalam dewan solat Masjid Ar-Rahimah:-



(a)



(b)



(c)



(d)



(e)



(f)



(g)



(h)



(i)


(j)



(k)



Antara fadhilat dan kelebihan berwakaf ialah :-


1) Firman Allah SWT:


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ سَ ۙ

 

Maksudnya: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. 

(Surah al-Baqarah: 261)


Sehubungan dengan itu, jika terdapat badan korporat atau individu yang ingin berwakaf, boleh terus ke pejabat Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood atau boleh transfer ke akaun Bank Islam masjid atau boleh berwakaf melalui sistem ONPAY yang disediakan. Kami dari pihak masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan Tuan/Puan.


Atau boleh menyumbang menerusi sistem ONPAY di bawah.


Jika anda memerlukan resit untuk tujuan potongan cukai LHDN, sila ikuti langkah di bawah :

1. 'Screenshot' bukti transaksi wakaf;

2. Berikan Nama Penuh (individu/syarikat), Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Alamat lengkap;

3. Emelkan ke masjidarrahimah2023@gmail.com



Contoh resit yang bakal pewakaf terima - dikeluarkan oleh Perbadanan Wakaf Selangor untuk pelepasan cukai LHDN


Sebarang pertanyaan boleh hubungi  013-3533212 (En. Azizul - Setiausaha Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood)



Semoga dengan sumbangan dari Pihak Tuan/Puan, menjadi amal jariah yang berkekalan dan menjadi asbab untuk masuki syurga. Amin Ya Rabbal alamin. 


Jazakumullahu khairan jaza'

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
WAKAF PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHIMAH
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN