TABUNG UMUM MASJID AR-RAHIMAH

TABUNG UMUM MASJID AR-RAHIMAH

Assalamualaikum w.b.t. InsyaALLAH, kami dari pihak Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood ada menyediakan pautan bagi memudahkan para jemaah memberi sumbangan dan berinfaq kepada masjid secara atas talian demi mengumpul pahala saham akhirat.


Antara tabung yang pihak Masjid Ar-Rahimah sediakan adalah:-


1. TABUNG ANAK YATIM

2. TABUNG INFAQ IFTAR ISNIN DAN KHAMIS

3. TABUNG PENGURUSAN DAN OPERASI MASJID

4. TABUNG KHAS PEMBANGUNAN DAN BAIK PULIH MASJID



Antara fadhilat dan kelebihan bersedekah ialah :-


1) Firman Allah SWT:


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ سَ ۙ

 

Maksudnya: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. 

(Surah al-Baqarah: 261)



2) Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda:


لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجُّ البَيْتَ, ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ : الصَّوْمُ جُنَّةٌ ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ


Maksudnya“Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Kemudian Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.”


Riwayat al-Tirmizi (2616), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (11394) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (103)


Kami dari pihak Masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah yang menyumbang.

Jazakumullahu khairan jaza'.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
TABUNG ANAK YATIM
TABUNG INFAQ IFTAR ISNIN & KHAMIS
TABUNG PENGURUSAN DAN OPERASI MASJID
TABUNG KHAS PEMBANGUNAN DAN BAIK PULIH MASJID
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN