TABUNG KHAS DANA PENYAMAN UDARA, PENDAWAIAN ELEKTRIK & PA SISTEM MASJID AR-RAHIMAH

Assalamualaikum w.b.t, InsyaALLAH pihak pengurusan Masjid Ar-Rahimah membuka ruang dan peluang kepada para jemaah yang dermawan untuk sama-sama merebut pahala dengan menyumbang kepada dana sistem penyaman udara, pendawaian elektrik dan PA sistem yang baru bagi menggantikan yang lama.
Sehubungan dengan itu, jika terdapat badan korporat atau individu yang ingin menyumbang, boleh terus ke pejabat Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood atau boleh transfer ke akaun Bank Islam masjid atau boleh menyumbang melalui sistem ONPAY yang disediakan. Kami dari pihak masjid ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan Tuan/Puan.
Atau boleh menyumbang menerusi sistem ONPAY di bawah.
Semoga dengan sumbangan Tuan/Puan, dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada para jemaah menunaikan solat dan mengimarahkan rumah Allah SWT.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-3533212 (En. Azizul - Setiausaha Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood)
Semoga dengan sumbangan dari Pihak Tuan/Puan, menjadi amal jariah yang berkekalan dan menjadi asbab untuk masuki syurga. Amin Ya Rabbal alamin.